March 12, 2011

Cukupkah Sekadar Itu***


Assalamualaikum wbt...=)
Setinggi2 selawat dan salam buat Rasullullah S.A.W, kekasih Allah yang dirindui.

Tsunami, Earhtquake, Gunung berapi, Radiation leak



Disana -sini kecoh tentang bencana alam yang banyak berlaku sekarang. Mcm2 spekulasi bleh kita dengar,

"tanda-tanda akhir zaman, balasan dari Allah"

Ramai orang yang tahu tentang hakikat kejadian itu adalah 'teguran' Dari Allah, tapi berapa ramai yang menginsafi kejadian tersebut. Sudah cukup sedar kah kita, jika hanya sekadar tahu kenapa kejadian ini berlaku, tanpa mengambil pengikhtibaran dari nya. Seharusnya kita renung bagaimana cara untuk kita menanggapi sekian banyak teguran dari Allah, bukan lah untuk terus bercakap mengenai spekulasi tersebut. Apakah 'kata2' yang perlu kita jawab sebagai balasan terhadap 'teguran2' itu? Adakah cukup dengan hanya rasa sedih takkala melihat video dan gambar bencana tersebut atau terus mengira bilangan angka korban dengan rasa pilu? Adakah cukup dengan hanya menyatakan kesihan, menyatakan takut tanpa mengambil sebarang tindakan? Adakah itu, cara2 yang kita ambil untuk menjawab teguran2 dari Yang Maha Kuasa...

Bagaimana untuk kita menjawab 'teguran2' itu?
Perbanyakkanlah muhasabah diri kerana itu jalan terbaik untuk kita terus mendekat padaNya.
Janganlah kita lalai dengan kehidupan dunia.
Perbaikilah amalan, pertingkat kan iman.
Berubahlah kepada yang lebih baik.
Bertaubatlah......

Andai tsunami itu masih belum mampu menyedarkan, Andai earhtquake itu belum cukup menginsafkan, Andai letusan itu masih belum bangkitkan kita dari lena...maka,
ketahuilah bahawa Allah sangat mampu 'menegur' kita dengan sesuatu yang lebih hebat, lebih besar daripada ini..

"Sesungguhnya, PadaMu Ya Allah, kami berlindung. Lindungilah kami dari azab di dunia dan azab akhirat kelak.."

Wasallam..Semoga jumpa lagi
(*___*)

1 comment: