April 27, 2010

Bisikan hidayah


"macam mana engkau boleh berubah ni?"
"engkau ada masuk persatuan apa-apa ke?"
"Alhamdullilah, dia dah taubat". Yang sebahagian berkata.
Tak kurang jugak yang memandang sinis,"dia tu kejap jer tu, nanti pakai tudung biasa balik".
Macam-macam kita dengar apabila ada di antara sahabat kita yang berhijrah.
Itulah yang dinamakan hidayah dari Allah.
'Hidayah'... it sound easy right?Tapi tak semua orang yang boleh mendapatkannya.Hanya orang yang bukan biasa-biasa yang boleh mendapatkannya. Bagaimana saya boleh berkata begitu.Yalah, tak semua orang yang boleh melalui jalan yang sukar kerana 'jalan mujahadah itu adalah pahit'. Jalan untuk mencapai hidayah adalah jalan mujahadah.
Semua orang cakap hidayah itu datang daripada Allah. Yes, absolutely correct. Tetapi adakah kita akan dapat jika kita hanya menunggu seperti pungguk rindukan bulan. Ya, kita perlu mencari bukan menanti. Hidayah perlu dicari malahan tak ralat kalau saya katakan ianya mesti dicari. Hidayah adalah petunjuk. Tanpa petunjuk yang betul, manusia akan dihanyutkan oleh dunia yag penuh tipu daya. Oleh sebab itulah, ada penyair yang menyifatkan dunia ini bagaikan 'hutan belantara'. Di hutan belantara, benda yang paling asas yang perlu ada adalah 'Kompas' sebagai penunjuk arah. Makanan dan minuman masih boleh dicari, tapi kalau kita kehilangan kompas maka sesatlah kita di dalam belantara kehidupan. Ya, penunjuk arah untuk kehidupan kita adalah hidayah dan ianya mesti dicari untuk mengelakan kita terus-terusan sesat.
Bagaimana untuk mendapatkan hidayah. Itulah yang dinamakan jalan mujahadah.
Hidayah boleh dimiliki dengan mengamalkan islam dengan bersungguh-sungguh. Walaupun pada mulanya sesuatu amalan itu belum terasa manisnya, tetapi teruskanlah mengamalkannya. Sedangkan yang pahit itu boleh jadi tawar apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan yang pada hakikatnya memang fitrah manusia.
"Hidup ni cuma sekejap je, kejari lah hidayah sebelum nyawa sampai di kerongkong"

Duhai wanita


Duhai wanita,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bias menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Duhai wanita,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan dari tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

“tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita”.

Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka? Nauzubillah

Ingatlah duhai wanita,
Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita serikandi ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai dapat melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.

‘wanita yang baik dijanjikan untuk lelaki yang baik’