December 19, 2011

Bertemu Setelah 40 Tahun

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha P erkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
>Pemimpin yang adil.
>Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
>Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
>Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
>Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
>Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
>Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. P ertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy’ ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
>Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
>Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
>Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. P ustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat-sahabat yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
>Sedekah/amal jariahnya.
>Doa anak-anaknya yang soleh.
>Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

December 11, 2011

Sayang sgt

Hupdate ni adalah untuk insan – insan yang ana sangat2 syg…

Bismillahirrohmanirrohim….

Assalamualaikum w.b.t…

MA: Ma selalu puji Kak kan, depan adik2 bila kak x ader kat umah..suruh adik2 berjaya mcm kak, masuk U mcm kak. Kak tahu, Angah yang gtau. Dia kata asek2 puji Kak, mcm lah Kak ni hebat sgt. Ma bangga sgt dgn Kak kan. Ma selalu citer ke adik2 kan kalo ader jiran2 puji kak. Padahal, kak bukan lah anak yg baik, bahkan anak yg sgt degil, suka membantah , suka melawan. Kak seorang anak yang pemalas bahkan selalu merungut. Kenapa hidup kita macam ni? kenapa ma kawen ngan aboh? Kak jarang nk bersyukur kan, Ma. Kak anak yang x kenang jasa kan, Ma. Tapi Ma x pernah hiraukan kelemahan kak.. Kak malas nk masak, kmas rumah, basuh baju, ma diamkan jer..Padahal Kak tahu Ma marah, tp Ma diam jer. Ma suruh adik2, x suruh pon kak pasal Ma kata Kak nak study. Bila time kak rajeng, kak buat kerja rumah, Kak nampak MA gembira sgt tgk kak buat keja. Knapa MA x nk suruh kak buat keja, sruh jer, x per, kalo Ma x suruh nnt kak naik kepala. Kak rindu sgt dgn Ma, rindu sgt nk bercerita dgn Ma. Bila ader masalah kat kampus, Kak cari kawan untuk bercerita, kak x cari pon Ma, sbb Kak anggap Ma x akan faham masalah kak. Tapi malam ni Kak rindu sangat kat umah, kak tepon, niat kak sbnrnya x nak citer ap2 kat Ma, tapi kak ter’kongsi ‘ dgn Ma. Dan walaupon kak tahu Ma x fhm sgt msalah kak, tapi kak rasa lega sgt2 bile kongsi ngan Ma dan kak dpt rasa yg Ma cuba sgt2 nk fham masalah kak. Kak rindu Ma sgt2.

“Kata2 Mu walaupon sepatah, itu telah cukup buat ku Tenang” terima kasih Ma. Sayang Ma sgt2.

ABOH: Aboh pon sama macam Ma kan, selalu puji kak melambung2 dpn adik2. Tu yang adik2 selalu jeles dgn Kak. Kak ingat lagi ari tu, result untuk pegi matrix da kuar, aboh sungguh2 gtau kak, dan aboh sgt frust bila kak x dpt msuk matrix kan. Dan aboh jer yg perasan kak pon seday psal x dpt pegi. Yer, dpn Ma and adik2 Kak dpt tipu kak x nak pegi matrix, tp aboh jer faham perasaan kak. Aboh gtau kak “ X per, x der rezeki lagi, nnt2 lah tu”. Kepercayaan Aboh pd rezeki yg Allah beri sgt tinggi. I’m very impress. Aboh selalu citer masalah adik2 kt Kak, dan kak selalu salahkan aboh. Kak kata aboh tu jgn buat mcm tu, jgn buat mcm ni dan Aboh dgr jer pndapat kak kan, Aboh hanya anggukkan kepala jer. Sepatutnya Aboh marah lah kat Kak. Kak anak yang x baik kan, Aboh. Kalo Ma gtau Kak ada masalah, aboh terus call Kak, nk tanya kak ok ke tak. Padahal masalah Kak kecik jer pon, Kak just x larat nk bacer buku, kak penat belajar, tu jer, tapi Aboh terus call kak. Dan pesanan Aboh sama jgak tiap kali call “ jgn tinggal solat, doa byk2 kat Allah, InsyaAllah, Allah akan tolong kak”. Padahal, nasihat aboh tu x kena mengena pon ngan masalah kak, bukannya kak tinggal solat pon. Kenapa selalu nk pesan mcm tu.. itu yg kak selalu pk bila aboh gtau mcm tu. Tp skang sebenarnya kata2 aboh tu yg kak ikut..td pon aboh tepon nk tlog kak pdhal kak boleh settle masalh tu sendiri..aboh jgn rsau, anak aboh ni kan kuat..kak nok aboh doakan kak jer…kak rindu sgt2 kat Aboh.

“ Pengorbananmu terlalu banyak, terlalu besar, Kesengsaraanku, kepahitan bagimu, sungguh aku x mampu mengenangkannya, apatah lagi membalasnya” terima kasih aboh. Kak sayang aboh sgt2.

ADIK2KU: Korang sayang kan kak. Kak tahu, even Abg yg hati batu tu pon bleh cair nagn kak..hihi..Tapi kak suka marah2 korang ek, suka membebel ek..hihihi..tu sbb kak syg korg sgt2. Angah, kamu yg paling x puas hati nagn kak kan..Ma nagn Aboh syg kak lebih lah apalah...x der lah sbnrnya Ma ngan Aboh rindu sbb kak jrg balik jer. Tapi walau x puas hati ngan kak pon, kamu still hormat kak kan..kak ingat lg aritu, kita pg Kelantan sama2, kak rasa mcm angah yg jga kak..hehe, terima kasih angah..Abg, selalu nk mrah2 ngan kak kan, tp kalo nk mntak pndapat, selalu tanya kak dulu, kak sgt appreciate tu, kak rasa dihargai sbg seorg kakak kamu. Sue, yg suka sgt merajuk dgn kak, tp selalu sgr ckp kak kan. Kak sayang kamu sgt2. Kak kan suka bergurau, jgn amek hati sgt.. Nadia, kita satu geng, keras kepala dan suka melawan, tapi kamu sgt hati batu, tp kak adalah idola kamu kan. Jgn tipu, kak pernah bacer diari kamu…hihihi…lastly, adek yg besar mcm bas..adik syg kak lebih kan..adik kn nk sruh kak jd ma adik…kak marah2 tu sebab kak x nk kita jd beban pd Ma ngan Aboh

“kerenahmu meracuni fikiran, menyakitkan hati, tapi tindakanmu menyejukkan hati, melapangkan kalbu, kamu2lah penyejuk fikiranku, penawar hatiku, penyeri hidupku” Kak sayang kamu2 sgt2…

“Kak sayang sgt2 kamu2 semua. Kak janji kak akn belajar sungguh2 untuk family kita…tunggulah, insyaAllah x sampai setahun lagi”

First and foremost, Thank you Allah for sending me a great2 parents and great2 siblings. Plaese guide us to Your Jannah. Amiin…

November 17, 2011

Optom & eye...

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, segala puji bagi Allah yg masih memberi kesempatan tuk diri ini untuk terus menghupdate blog yg da bersawang ni...huhu

Sedar x sedar, ana da pon dlm final yer...wahh, kejap jer rasernyer...tetiap ari ade clinic (kejap POC, kejap CL), tetiap ari pk sal proposal research, proposal ENT, proposal health promotion, log book...huhu...pnat n penat n penat lagi..tp best, tetiap hari ader byk bnda bleh blajar...
"experienced is da best teacher rite?"
ni nk citer, sal case ari ni..(tetiba rajen nk update plak...hehe)

case ari ni:
50 y.o/F/ M
comes with no sx (not blur with cx spectacle, @ distance and near, not sign of BV prob)
cx spectacle;3 y.o (OD: -1.00/-0.25 x 70 (6/6 -2), OS: -1.25/-0.50 x 76 (6/9+2)), Add: (+1.75)
have allergies, mild sinusitis, no general health problem reported

Refraction:
Rx: OD: -1.00/-0.50 x 75 (6/6 -1)
OS: -1.25/-0.50 x 95 (6/6-2)
Add : +2.25
*pt report dat the letter is small (for near and distance) and if the +0.25 was put, the vision is not clear.
*through retinoscopy, the cataract can be seen at the center and it already mature
All the entrance test can be done, and it is normal for her age.

IOP (Keeler pullsair):
OD :20mmhg
OS : 21mmhg

Slit Lamp Examination:

OD : papillae grade 2 on upper palpebral, concretion at lower palpebral, pingucuella at nasal and temporal side, superficial staining grade 1 at 7 o'clock and 12 o'clock, TBUT(4-5 sec), lens opacities at posterior part, grade 3 angle depth
OS : papillae grade 2 at upper palpebral, pingucuella at temporal and nasal side, cornea is clear, TBUT (2-3 sec), lens opacities at posterior part, grade 3 angle depth

Direct Ophthalmoscope:

OD: 0.4 CD ratio, 2/3 AV ratio, dull reflex and not full
OS: 0.4 CD ratio, 2/3 AV ratio, dull reflex and not ful
*examiner has to tilt from upper and temporal side.

Finding:
BE : Low Myope with low ATR astig, Dry eye, pingcuella, dense cataract, slightly high IOP, papillae grade 2
OD: Concretion and superficial staining grade 1

Management:
Not prescribe new Rx as the rx is about da same and she does not have any complaint about vision.
Patient refer to hospital for further examination on cataract evaluation.
Advice for warm compression to reduce papillae.

tulah, pt tuk ari ni..huhu..penat but seron0k sgt..bkn sng nk dpt pt mcm ni...asek dp pt muda jer..asek2 msalh bv..byk sgt stadi...hihihi..

stadi?huhuhu...esok ader test lah...x stadi lg...esok kna anta proposal lah...x siap lg...huhuhu..

"Ya Allah, pinjamkan aku kekuatan dalam menempuh apa jua halangan dan redhai lah setiap langkahku, jagalah aku dalam pandanganMU..amin"


October 15, 2011

Jodoh ana????

BERCERITA TENTANG JODOH…

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh

“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”

“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”

“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”

“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.

“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”

“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”

“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”

“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”

“Hikmah untuk kita?”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Article dr GentaRasa...

p/s: Jadilah solehah...nanti yang soleh akan menjadi pelindungmu..doa dr ustaz Pahrol untuk saya...sgt2 terharu...

June 9, 2011

Dugaan Itu Indah..


Assalamualaikum wbt...
Selawat dan salam buat idola kita, kekasih Allah, Rasullulah SAW. Doa dan harapan buat para pejuang islam, semoga dirimu sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Esa...

"ujian ni sgt berat ya Allah, kenapa mesti aku yg hadapinya, knp bukan org lain..
kenapa ya Allah".
separuh hati ini selalu merungut bila adaer dugaan yg mendatang, separuh hati lagi berpositif "x perlah, Allah lebih tahu apa yg terbaik buat hambanya"..padahal bila difikir2 balik dugaan itu tidak lah seberat mana, boleh jer kita tempuh...dan di saat kita da lepas dr ujian tu baru lah kita tersedar, yg kita sebenarnya mampu untuk menempuh dugaan tu. Hebatnya Allah..Dia amat tahu aper yg terbaik tuk kita..

Ok, nak story cket...skang ni saya practical kat HUSM, Kubang Kerian. Ya, mmg kt sini best, tapi ada 2/3 benda yg sgt2 membuat kan saya x puas hati, raser nk hbskan practical ni cpat2. Bila call ma, Ma asek ckp bnda yg sama,"ala, 3minggu je lagi, sabar jelah".. smpai da tinggal seminggu msh ckp bnda yg sma. I know that the way to make me stop thinking about the bad thing, but that words make me feel Ma ignore about me. So,this weekend, saya nk blik jgak..x kira...nk blik jgak...

So,mggu tu sy plan nk blik, tp untuk dptkan tiket dr Kota Bharu ke K. Trg tu mcm2 hal yg berlaku (long story to tell here, but it makes my tears come downs).Dipendekkan citer, sy dpt lah tiket pkul 7mlm ke Kuala Terengganu. Tunggu bas ni bkn main lmer, pkul 7.15, bas x smp lagi, so saya pegilah surau dulu nk solat maghrib dgn sorg Mak cik ni (kesian dia,naik bas sorg2 dgn brg yg byk). Saya mmg btul2 do not have any idea where is surau, (this is my first time here), so Mak cik ni yg jln dulu, sy ikut jer dia, tetiba dia brhnti kt toilet (yg sgt busuk, ok). So, sy fikir, msti nk ke toilet dlu, sy gtau sy pegi surau dlu, the surau just after the toilet and guess what, the small surau combine kan laki2 n pompuan (ye, curtain tuk pompuan ader tp dpn muka pintu, of cos lah, lelaki msuk jer trus nampak,psal curtain nyer sgt nipis and terselak psal women nk kuar msuk) and 1 more thing is ruang solat wanita hanya muat2 untuk3 org solat. Tempat wudhuk plak dlm toilet yg busuk tu, pdanlah Mak cik tu msuk toilet dulu b4 msuk surau. Sya sgt x puas hati, bukan aper, ruang tuk benda lain suma dibesarkan, tp surau yg mmg diperlukan di tempat2 yg penting ni, x dibesarkan. Tempat solat tu tempat ibadah kita, penting, kna bersiih..Tp ni bkn part yg saya nk fokuskan...(membebel x hbs2)

Cut off the story, sy pon naik bas kul 8mlm, duk sebelah Mak cik ni..tetiba Mak cik ni citer tntang kehidupan dia, rupanyer Mak cik ni ustazah (ptutlah pkai tdung labuh), baru setahun kawen, suami dia dibuat org, suaminya bencikan dia (tp dorg x cerai lah), suaminya di Trg dn dia dihalau blik ke Kelantan and dia ke Trg mlm ni just for her husband, nk try ubat suaminya (w/pon telah dihalau beberapa kali). Ya, kehidupan dia sgt sedih, the story is not the one that i want to tell, but the point are dia x prnah berputus asa dgn rahmat Allah, dia sgt tabah, dia sgt tawakal..Bila saya compare kan dugaan sy dn dia, mcm langit dan bumi bezanya, tp dia msh bleh tersenyum, msh bleh berusaha. Saya malu pd diri sendiri, malu pd Allah, malu pd dia....Apalah sgt duagaan2 sy jika dibandingkan kan dgn dia...The best thing is, when i talk to her about what my MOM said to me about my prob, she said "ya, itu tanda seorang ibu yg baik,. Ibu yg baik x kan percaya anak2 nya bulat2, dan x kan memanjangkan the things yg membebankan anak2nya"..when i think about it and see my parents at home, i admit it dat i hv a great father and mother..

Allah menguji hambanya dengan apa yg mampu bg hambanya., masakan DIA x tahu kemampuan hambanya, pdahal Dia yg menciptanya. So, pesanan buat diri ini,
  • "sabarlah hadapi dugaan, kerana semua itu MESTI ada hikmahnya and now i know already what the hikmah dari dugaan2 itu"
  • "Bersyukurlah, kerana itu saja jalan yg ada untuk bahagia"
  • "Thinks +ve"
dan untuk Mak cik tersayang,
  • "semoga Suami Mak cik diberikan petunjuk dan cepat sembuh dan dpt menerima Mak cik kembali"
  • "semoga Makcik terus tabah menghadapi dugaan ini, dan Makcik adalah org yg terpilih untuk menerima dugaan ini"
  • "Terima kasih Mak cik untuk pengalaman itu"
p/s: Dats all, for today halaqoh..minggu depan saya practical kat kedai plak, (Sanadi Optometri), doakan saya...wasallam