1. Allah telah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. FirmanNya dalam Surah An nabaa’ ayat 12 yang bermaksud:
“Dan kami bina diatas kamu tujuh buah (langit)yang kukuh.”
Tujuan Allah menghiasinya dengan tujuh bintang. FirmanNya dalam surah Al-Hijr, ayat 16:
“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan kami telah menghiasi langit itu bagi orang yang memandang (nya)”.
2. Allah telah menghiasi bumi yang luas dengan tujuh lapis bumi seperti dalam FirmanNya dalam surah Ath-Thalaaq;12 yang bererti:
“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. PerintahAllah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu , dan sesungguhnya Allah ilmuNya benar-benar meliputi sesuatu”.
Kemudian, Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan sebagaimana firmanNya dalam surah Luqman ayat 27 yang bermaksud:
”Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dari laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis (ditulis)kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
3. Allah telah menghias Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang kemudian dihiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (Al-Fatihah). FirmanNya dalam surah Al-Hijr yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kmi telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca beerulang-ulang dan Al-Quran yang agung.”
4. Allah menghias manusia dengan tujuh anggota badan, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah yang mana tiap anggota nya penting dalam peribadatan iaitu dua tangan untuk berdoa, dua kaki untuk berdiri, dua lutut untuk duduk dan satu muka untuk sujud. FirmanNya dalam surah Al-Alaq ayat 19 bermaksud:
“Sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya ;dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada tuhan).”
5. Allah menghias umur manusia dengan tujuh tahap. Semasa baru lahir disebut ‘rodli’, kemudian ’fathim’, kemudian ‘shobi’, kemudian ‘ghulam’, kemudian ‘syaab’, kemudian ‘kuhul’ dan akhir sekali ialah ‘syaikh’. Dan dihiasi tujuh tahap umur ini dengan tujuh kalimat iaitu ucapan “LAA ILAAHAILLALLAAH MUHAMMAD RASULLULAAH”. Firman allah di dalam surah Al-Fath ayat 26 yang bermaksud:
“ Ketika orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa dan adalah mereka berhakdengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya dan Allah Maha Mengetahuisegala sesuatu”
6. Allah menghias neraka dengan tujuh tingkat; Jahannam, Sa’iir, Saqor, Jahiim, Huthomah, Ladhoo, dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, seperti mana dalam firmanNya dalam surah Al-Hijr, ayat 44 yang bermaksud:
“Jahannam itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentudari mereka.”
7. Dihiasi dunia ini dengan tujuh hari iaitu; Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, dan Jumaat. Dimuliakan tiap-tiap hari tersebut dengan tujuh para nabi iaitu Allah memuliakan hari Sabtu dengan Nabi Musa a.s, hari Ahad dengan Nabi Isa a.s, hari Isnin dengan Nabi Daud a.s, hari Selasa dengan Nabi Sulaiman a.s, hari Rabu dengan Nabi Ya’qub a.s, hari Khamis dengan Nabi Adam a.s dan hari Jumaat dengan Nabi Muhammad S.A.W dan umatnya.
No comments:
Post a Comment